HARI RAYA OPEN HOUSE
Masih di bulan Syawal, makanya masih banyak jiran dan sahabat yang buat open house. Kira kita masih dalam fasa mood beraya gituewww......Pada saya raya tahun ni mood beraya tu lain macam sangat. Rasa semangat nak pergi ziarah rumah saudara mara, rumah jiran dan rumah rumah sahabat. Tapi bila ada sahabat sahabat yang buat open house memang saya tak lepas peluang untuk hadir memeriahkan lagi majlis open house tersebut.Kiranya dimana ada open house disitu ada kehadiran saya...hahahaha....Ha sapa lagi yang sudi jemput saya whatsapp je saya akan oN sekiranya saya ada masa free.
OPEN HOUSE BERSAMA FAMILY
Gambar raya family saya.
Masa raya pertama dikampung saya haritu, saya dan family buat open house. Menu open house kita orang Laksa Utara, ketupat, rendang dan kueh mueh. Kueh mueh ni kita orang tak buat, tapi tunjuk tunjuk yang dah siap la (beli yang dah siap).
Walaupun cuaca pada hari raya pertama tu tak mengizinkan sebab hujan turun dengan lebat bersertakan dengan angin yang kuat. Tapi raya tetap raya, alhamdulillah juadah raya di rumah saya pada hari raya pertama tu habis juga. Rezeki saudara mara, jiran jiran dan sahabat sahabat sekampung yang tak putus putus berkunjung. Seronok sangat dapat berjumpa dengan mereka semua.
HARI RAYA OPEN HOUSE (HOME TO HOME)
Juadah raya
Lepas seminggu beraya bersama kedua dua belah family, tiba la pula masa beraya di rumah sendiri. Kali ni baru dapat beraya dengan jiran tetangga dan sahabat sahabat setaman. Beraya di taman tak la semeriah beraya di kampung, tapi rezeki bila sahabat lama menjemput saya sekeluarga menghadiri open house di rumahnya di Penang. Terus saya dan husband on.
Hari raya open house ni yang kita tau pasti banyak menu menu juadah dan pastinya semua sedap sedap. Yela sebulan kan kita berpuasa, time ni la kita nak rasa semua makanan yang terhidang. Kira tepat sangkaan saya, memang banyak juadah yang terhidang di atas meja rumah sahabat saya ni. Antaranya, laksa, bihun sup, bihun goreng, nasi tomato, colek, dessert, ais cream, ketupat, rendang dan makanan viral. Huishhh....kalau ikut nafsu nak makan semua makanan makanan tu. Selamat sebelum datang open house saya telan perisai set kurus shaklee dulu. Tak adalah saya rasa nak makan banyak banyak.
Saya cuma ambil makan sedikit saja buat qaso qaso orang kata.
Sesampai je di majlis open house berjodoh pulak dapat jumpa sahabat sahabat tempat keje lama. Wah!! memang meriah bila dah berjumpa, bersembang sambil menjamu selera. Riuh la suasana....Lepas semua kekenyangan masing masing nak minta diri balik. Tapi sebelum kami bersalaman dengan tuan rumah rezeki tuan rumah tappawkan kami juadah open house. Masyaallah tabarakallah....terharu sangat.
Sementara menunggu tuan rumah sediakan bekalan untuk kami bawa balik, sempat la pulak pakat bincang ajak jalan jalan ootd dah alang alang panjat bukit Balik Pulau ni. Rugi pulak kalau tak melawat tempat orangkan. Jadi terus mood ootd On. Kiranya beraya kalini sambil ootd lah. Menyelam sambil minum air katakan.
Habis berootd dekat The Lake kita orang sambung beraya dekat rumah sorang lagi sahabat yang tinggal berdekatan dengan tempat berootd tadi. Bila dah sampai terus la snap sekeping dua gambar tanda hadir.
Jumpa member tempat keje lama
Jalan raya rumah kedua
Ootd Raya dengan family
Ootd raya dengan member
ERATKAN UKHUWAH SESAMA KITA.
Member lain lain shift
Sebenarnya open house ni selain kita beri tetamu makan, kita juga dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita. Ini juga memberi kita peluang menziarah keadaan sahabat atau saudara mara kita yang kurang sihat atau yang masih sihat. Kita juga dapat memperkenalkan anak anak, suami atau isteri kita siapa sahabat kita.
DUIT RAYA OPEN HOUSE
Duit raya anak
Anak suka sangat bila dengar jalan jalan hari raya open house. Selain dapat makan biskut raya, dapat jumpa ramai kawan kawan. Semua anak anak kawan mama dan abah. Yang paling best part bersalam dengan auntie dan uncle sebab boleh dapat duit raya. Kira tahun ni rezeki anak dapat duit raya banyak sangat....alhamdulillah...rezekikan....
LAGI LAGI OPEN HOUSE
Berbaki 12 hari lagi syawal akan meninggalkan kita. Tapi masih banyak undangan hari raya open house yang perlu saya hadiri. Makan makan juga berat kena maintain. Walaupun makan sentiasa on tapi saya akan pastikan berat saya sentiasa maintain dengan set kurus shaklee. Masyaallah gembira berat saya still maintain lagi.
nak kurus???
Jom beraya dengan shaklee
Set kurus shaklee
Inilah kisah hari raya open house saya bersama shaklee pada tahun 2023 ni. Semoga bermanfaat buat anda semua.
Terima kasih sudi melawat blog saya!
Shaklee supplement kesihatan yang dijamin SELAMAT, SEMULAJADI DAN TERBUKTI BERKESAN
Nak kekal sihat jangan lupa Shaklee oke!
Jom jadi sebahagian sahabat keluarga Shaklee kami.
Elly Amali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia
#HariRayaOpenHouse
#ShakleeKedah
terbaiklah Elly..
BalasPadamalhamdulillah kak ida
Padam