8 CARA KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT BERKESAN


Sebenarnya banyak tips untuk kuruskan badan yang kita baca, namun tak semua kita buat. Ada juga pelbagai diet yang tengah viral sekarang ni. Antaranya diet atkint, diet pisang, diet telur, diet alkaline, diet detox, diet paleo, diet katogenic, diet baby food pun ada tau.

Tapi jarang la orang nak share tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu sahabat terfikir kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Inilah bahagian bahagian yang paling merisaukan kaum wanita.

Untuk kurus tiada jalan pintas dan mudah tau. Process menurunkan berat badan ini merupakan satu process yang panjang mencabar dan penuh dengan dugaan. Perjalanan process turunkan berat badan saya bermula pada tahun 2022. Pada tahun 2021 tahun kuarantin. Jadi sepanjang tempoh tu saya hanya banyak bergerak dari dapur ke ruang tamu atau dari ruang tamu ke dapur. Nak keluar rumah dilarang oleh menteri kan? Ha....lepas tu apa lagi duk rumah asyik nak kedapur la.....asyik duk nampak makanan je...hehehe...

Dari hari ke hari asyik makan berat badan saya pun semakin naik.Bagai di pam pam. Lama kelamaan saya rasa sakit tumit. Sehingga setiap kali duduk dan kemudiannya nak bangun berjalan memang kaki tak boleh berjalan dengan laju seperti biasa. Setiap kali saya nak bangun berjalan saya kena jengket jengket dulu kemudian dah lama baru boleh menapak seperti biasa. Saya ada juga jumpa doktor, doktor tu pun suggest benda yang sama. Kena turunkan berat badan puan.

Lalu bermula turning point saya nak turunkan berat badan untuk sihat dan aktif seperti dulu balik. Saya joint team kurus sihat U-FIT. Waktu ni saya memang kumpul semangat dan nekad sungguh sungguh untuk turunkan berat badan saya. Saya follow apa coach ajar dalam group tu. Ilmu sangat pentingkan sahabat? Dengan ilmu kita akan jadi luar biasa bersemangat. Masa dalam group sahabat sahabat team kurus banyak support dan membantu.

8 CARA KURUSKAN BADAN YANG SAYA BUAT


Jadi dengan semangat dan keinginan yang membara "AKU PERLU KURUS DENGAN CEPAT UNTUK SIHAT"
Saya terus ikut tips kuruskan badan secara sihat semulajadi ni :

1- SET MINDA UNTUK KURUS

  • saya buat keputusan untuk kurus dan lakukan sungguh sungguh
  • tengok gambar ketika gemuk dan renungkan
  • tengok kaki yang sakit 
  • doa minta Allah beri kekuatan kepada kita untuk kurus
  • bulat nekad dan buat sehabis baik


2- DUDUK DALAM CIRCLE YANG SAMA UNTUK MISI KURUS

Bila ada circle yang sama misi untuk kurus, kita dapat bertukar pandangan, resepi, menu dan kongsi result. Berada dalam circle yang sama juga membantu kita bersemangat untuk terus kurus.

3-CARI MENTOR/COACH/ SIFU/CIKGU

"Barang siapa yang belajar tanpa guru maka setan adalah gurunya." Pentingnya bila kita menuntut ilmu mestilah kena ada guru. Sama juga dalam process nak kurus kena ada mentor baru boleh terus konsisten untuk diet. Kalau tidak memang kelaut la diet kita. Bila ada mentor, mentor boleh tegur kita, tarik telinga kita kalau kita tak buat betul betul diet tu.

4-BELAJAR ILMU KALORI

Tau tak kalori lebih banyak terbakar semasa kita tidur. Tapi takkan kita nak tidur sepanjang masa kan? Jadi apa yang kita perlu buat selain tidur ialah jaga pemakanan kita. Jika kita perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari tu. Jika tak tahu cara pengiraan kalori setiap hidangan yang kita ambil boleh install application yang membantu sahabat untuk mengira kalori. Berikut adalah beberapa application yang user friendly dan mudah digunakan.

  • Calorie Counter - MyFitnessPal
  • Calorie Counter - MyNet Diary
  • My Plate Calorie Tracker
  • Calorie Counter by FasSecret
  • Calori In Food

5- MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Makan sikit sikit tapi berulang ulang. Bukan makan sekali hadap. Sentiasa sediakan bekalan biskut di dalam tas tangan jika perlu. Pastikan biskut tu mengandungi fiber yang tinggi

6-ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM

Badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadam makanan yang kita makan. Jadi waktu terbaik untuk makan adalah sebelum waktu magrib. (Kecuali waktu puasa). Kiranya seawal jam 6 petang.

7- CUT GULA PUTIH

Jauhi minuman yang tinggi gula putih seperti coke, pepsi, F&Ndan lain lain. Lebihkan minum air masak itu lebih baik. Cubalah ubah cara pengambilan gula dalam diet harian anda. Insyaallah.....berat akan cepat turun bila cut gula putih.

8-BANYAKKAN PENGAMBILAN AIR KOSONG.

Air adalah sumber semulajadi yang penting untuk kurus.Disarankan kita minum 8 gelas air sehari.
Air membantu menyah toksin dari tubuh kita. Otak juga memerlukan air. Jika otak tidak cukup air otak akan jadi lembap dan mandoom.

Akhir kata,

Nak kurus dengan cepat kena disiplinkan diri. Kalau bukan kita siapa lagi?
Tips kurus badan yang saya share ini sangat berkesan untuk diamalkan, malah selamat untuk tubuh kita. Jadi kesihatan badan kita bermula dari gaya pemakanan yang sihat.


Jika sahabat sudah melakukan tips diet cara di atas tapi masih lagi belum berhasil, apa kata jom join program Hello New You yang shaklee sediakan secara percuma.Mana tau sikit sebanyak dapat membantu sahabat. Nak tau lebih lanjut program Hello New You, boleh klik link ni.


Elly Amali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia
#KurusBadanDenganCepatBerkesan
#ShakleeKedah


Ulasan

  1. Masya Allah terbaik Elly. Semoga dapat teruskan dgn lifestyle yg lebih baik.

    BalasPadam

Catat Ulasan