BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA

 BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA


Team Surijunior

Assalamu'alaikum semua....
Entry kali ni saya ingin berkongsikan tentang bisnes yang saya jalankan sekarang. Permulaannya saya ingin mencuba produk saja dan kemudiannya terus terjebak dengan bisnes online ni.

Macam tak percaya hanya bermodalkan Rm75 untuk mendaftar ahli sewaktu tu (sekarang daftar ahli lagi murah cuma Rm35 saja) terus layak jadi ahli/agen dan berkongsi manfaat product kepada orang lain. Tiada double standard untuk dapatkan harga product untuk menjual. Semua ahli yang ingin menjana pendapatan akan dapat beli barang yang sama.

Dan yang paling saya teruja setiap percent pembelian customer mampu menaikan bonus bulanan dalam masa satu hari. Ini yang wow sangat.
Ini juga lah yang membuat saya still dengan Bisnes Online Shaklee.

5 SEBAB KENAPA PILIH BISNES SHAKLEE??

Sepanjang tempoh perjalanan bisnes shaklee ada dua tahun yang membuka mata saya untuk terus bersama shaklee iaitu tahun 2021 & 2022. Dimana tahun ni dunia mengalami isu COVID-19. 

Sepanjang tahun ni rakyat tidak dibenarkan keluar rumah. Kecuali yang bekerja. Itu pun bukan sepenuhnya dapat keluar bekerja dan ada juga yang bekerja dari rumah.

Waktu ni ada juga yang diberhentikan kerja atas faktor bisnes kurang stabil. Tapi rezeki plak menyebelahi saya walaupun waktu ni saya di beri cuti bergaji oleh majikan....saya still lagi ada income kedua untuk saya bantu suami jana income dari rumah hanya dengan bisnes online ni.

Saya rasa waktu pendemik bisnes shaklee berjalan dengan sangat lancar kerana:

1- TEAM YANG SANGAT SUPPORTIVE



Bila buat bisnes, kita akan ada satu group dengan mentor mentor hebat. Group ni dipanggil group whatsapp bisnes. Group yang sangat aktif dan supportive yang mana waktu kita berjaya close deal, kita dapat sales....upline akan raikan. Sebenarnya bukan setakat upline saja malah sahabat sahabat seperjuangan juga turut raikan kejayaan kita. Memang best mempunyai team yang banyak beri semangat macam ni. Tidak kira anda rank apa. Semua dilayan sama.

2- KELAS PERCUMA



Nak menjual mestilah ada ilmu di dada. Macam tu la sifu sifu hebat selalu pesan. Selain dari ilmu bisnes kami juga di ajar kelas tentang product. Contoh kelas yang shaklee sediakan kelas nutrisi dimana kami akan diajar lebih detail tentang product. Ada juga kelas zero cost marketing seperti cara nak setup Instagram, nak buat video yang cantik, nak buat sales. Semua kelas ilmu ni percuma. Sesen pun tanpa bayaran.

3- TAK PERLU PEGANG STOCK



Selalu kita dengar nak mula bisnes kena ada modal besar untuk beli stock. Tapi tidak pada bisnes shaklee! Kita tak perlu susah-susah pegang stock yang banyak dan tak perlu juga nak arrange postage sendiri. Customer oder, terus kita direct oder diwebsite. Kita cuma tunggu HQ yang pack dan post barang kepada customer. Bestkan bisnes macam ni?

4- PERSAINGAN YANG SIHAT



 Dalam komuniti shaklee, walaupun semua SID menjual product yang sama, buat bisnes yang sama, website yang sama...kira semua benda sama lah. Tapi kami sesama SID sendiri ini saling support each other untuk membangunkan bisnes masing-masing.

5- BISNES YANG SANGAT SYSTEMATIC


Bisnes shaklee ni lebih kepada berdikari. Submit oder boleh dibuat direct diwebsite. Tanpa perlu tunggu inform atau beli dengan leader. Shopping supplement sama seperti online shopping yang diviralkan harini. Lepas mendaftar ahli shaklee anda akan diberi ID dan password. Mudahkan?? Semudah ABC je untuk login id kita. Bisnes shaklee ni boleh dijalankan dimana mana saja anda berada contohnya anda tengah travel, bercuti atau melancong. Sebab selagi anda ada internet dan phone selagi tu anda boleh access id anda diwebsite.

SHAKLEE BISNES MLM

Ya shaklee adalah bisnes MLM. Tau tak apa itu MLM??

MLM ialah Multi Level Marketing atau bahasa melayu nya pemasaran berbilang tingkat juga dikenali sebagai net work marketing. Dimana kita memasarkan product dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.

Suatu ketika dulu Elly memang menolak bisnes MLM ni. Tapi sebenarnya bukan semua MLM ni menindas atau menipu orang bawahan. Kalau ikut cara yang betul. Contohnya bisnes Shaklee, sistem Shaklee sangat adil. Adil dari segi pembahagian bonus, adil dari pemberian rank dan adil dari segi pemberian reward. Siapa yang usaha dia yang dapat. Tiada istilah downline bertungkus lumus buat sales, sementara upline goyang kaki. Dalam shaklee downline boleh potong rank upline.

Shaklee bukan MLM semata-mata tetapi shaklee juga menerapkan konsep "Living Harmony With Nature" ke dalam kehidupan setiap orang. Shaklee memang telah berada di pasaran Malaysia sejak 60 tahun lalu. Salah satu productnya pula iaitu vitalea yang telah diperkenalkan sejak hampir 102 tahun lalu. 

Takkanlah boleh bertahan sampai lebih dari 100 tahun jika product tidak bagus, bukan??

Sebab tu elly ingin mengajak anda diluar sana rasai sendiri kehebatan product shaklee dan shaklee juga membuka peluang pada anda untuk menjana income bersama sama dengan shaklee.



Elly Amali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia
#ShakleeKedah


Ulasan