KEMBALIKAN KEYAKINAN DIRI DENGAN SET CANTIK RAHMAH SHAKLEE

KEMBALIKAN KEYAKINAN DIRI DENGAN SET CANTIK RAHMAH SHAKLEE

 Assalamualaikum 

Hi semua sahabat yang sudi menjengah blog saya. Alhamdulillah....kali ini saya nak share 5 tahun pengalaman saya bersama shaklee.

Untuk tidak melenggahkan masa, terus kepada pengalaman saya....sebelum saya kenal shaklee kulit saya agak kusam, breakout dan berjerawat. Jerawat ni bukan saja jadi di bahagian muka malah bermaharaja lela di seluruh belakang badan dan dada. Jerawat dibahagian muka tak sebanyak jerawat yang tumbuh di bahagian belakang dan dada.

Kata orang masalah jerawat disebabkan masalah hormon dan ada juga yang cakap jerawat di sebabkan resdung. Kemudian saya try buat rawatan resdung. Agak leceh la lepas jalani rawatan resdung kena ikut pantang larang pasal makanan plak. Hasilnya sekejap saja. Lepas tu jerawat muncul lagi. Yang paling saya perasan setiap kali saya aktif bersukan dan badan berpeluh saya mula rasa kurang selesa. Gatai dibelakang badan dan dada tempat jerawat tumbuh.

Bahagian muka tak payah cakap lah, nak nak bila jerawat muncul di celah celah hidung. Hidung ni bahagian yang agak sensitif bila miss J (jerawat) ni muncul. Ada satu masa tu saya lupa....saya rasa gatal hidung auto jari ni kasar menggaru. Memang terus rasa perit dan pedih sampai keluar air mata. Pedih tu terasa sampai ke otak. Bukan senang tau pedih tu nak hilang sekelip mata. 4 hingga 5 minit juga baru nak ok.

Terpikir juga saya macam mana lah diorang yang alami masalah jerawat yang tumbuh ibarat tiada kesudahan tu. Pasti sakit kan? Sedangkan saya ni kalau naik jerawat 2 atau 3 biji pun dah rasa bahagian tu gatai macam ada semut melata. Ini kan pula jerawat naik penuh muka. Saya ni guna macam macam pencuci muka dan skin care yang boleh membantu masalah kulit saya ni. Tapi tu lah hasilnya macam biasa tetap tak ada apa apa perubahan. Kulit berminyak, berjerawat dan breakout lagi....sampai terkadang tu rasa hilang keyakinan diri bila berjumpa dengan orang yang cantik kulit diorang. Skin diorang nampak glowing dan flawless...kadang cemburu pun ada.

Waktu tu memang saya dah pasrah nak try product lain. Saya still guna product yang jual di mall mall je.

BERMULA EPISOD BERSHAKLEE


Masalah jerawat tu bukan jadi sewaktu peringkat remaja malah berlarutan sehingga ke alam perkahwinan. Start berkahwin pun masalah jerawat tak henti menghantui.....sampai kadang naik segan dengan cik suami. Cik suami tak pernah complaint tentang jerawat. Tapi dia cuba mencari ikhtiar untuk merawat masalah jerawat saya. Sehingga suatu hari dia search di google supplement apa yang membantu hilangkan masalah jerawat ni.

Banyak plak cik google tu tunjuk. Tapi cik suami terpegun tentang tajuk set cantik shaklee. Siap dia tunjukkan testimoni pengguna kepada saya. Waktu tu saya cakap shaklee mahal. Takut tak boleh nak konsisten. Terus cik suami offer nak support. Wah....apa lagi kan dalam hati gembira la sangat bila ada yang nak sponser. Terus on je tanpa banyak alasan. Dia pun terus oder esp dan vitamin c sustained release.

Itulah vitamin permulaan yang saya ambil.

FUNGSI SET CANTIK SHAKLEE

ESP
Fungsi ESP dalam set cantik shaklee membantu membekalkan protein yang sihat bagi memberi kesan yang luar biasa pada kulit. Antaranya fungsi ESP adalah :

  • Membantu mengekalkan air dalam sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan yang optimum.
  • Mencerahkan pigmentasi kulit untuk kulit yang sihat cantik berseri dengan protein soya
  • Membantu menghilangkan parut jerawat dan mengembalikan struktur kulit yang lebih cantik.
  • Membina asas kulit akibat daripada parut dalam dan menghaluskan kulit serta melembutkan kulit wajah.
  • Menggalakkan kulit lebih licin dan berseri dan kelihatan lebih awet muda.
  • Menambah baik penampilan keseluruhan kulit dengan mencegah process penguraian kolegen dan elastin.

ESP adalah minuman yang sangat mudah dibuat dan diminum. Ia boleh diambil pada bila bila masa sahaja.


VITAMIN C SUSTAINED RELEASE 

Vitamin C sinonim dengan vitamin untuk kecantikkan kulit. Walaupun mempunyai 500mg vitamin C dalam satu tablet, ia juga membekalkan nutrisi vitamin C sepanjang 5 jam di dalam badan untuk menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit. Antaranya  fungsi vitamin C adalah:

  • Membantu merangsangkan penghasilan kolagen untuk menghasilkan kulit yang cantik.
  • Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata
  • Membantu mengatasi masalah jerawat
  • Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakkan dari sinar UV
  • Melindungi kolagen daripada kerosakkan oksidatif
  • Bertindak sebagai anti radang untuk jerawat yang teruk.


KESAN SELEPAS CONSUME SET CANTIK RAHMAH SHAKLEE

Asbab konsisten saya menggunakan vitamin kulit cantik harga rahmah ni segala jerawat, kulit kusam dan breakout teruk tu dah semakin pulih. Kulit saya nampak lebih sihat berseri dan flawless. Bahagian belakang badan dan dada pun dah tak ada jerawat yang naik lagi. Berbanding dulu kulit belakang sentiasa tinggal kesan  hitam kemerahan disebabkan jerawat. Tapi sekarang dah tak ada.

Alhamdulillah....Sekarang miss J (jerawat) dah tak berani muncul lagi. Bila keluar rumah pun tak payah make up tebal tebal. Dap dap bedak dah siap. Rasa lebih yakin untuk tampil diri ini.

FEEDBACK SET CANTIK RAHMAH SHAKLEE











SIAPA YANG BOLEH CONSUME SET CANTIK RAHMAH NI??

  • Dewasa (lelaki/wanita)
  • Pekerja
  • Warga Emas 
  • Masalah gastrik
  • Ibu hamil/ menyusu & berpantang
  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan
  • Mereka yang berpuasa nak kekal cergas bertenaga
  • Pelajar


APA YANG ANDA AKAN DAPAT DENGAN BELIAN VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH NI??



Pada bulan ni shaklee menawarkan promosi untuk VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH ni. Dengan pembelian set ni anda akan dapat :

  • Kulit wajah semakin sihat berseri dan awek muda
  • Pembelian set ni anda akan dapat keahlian secara percuma
  • Harga mampu milik cuma RM99

Jika anda berminat nak mencuba set cantik rahmah atau mana mana supplement shaklee yang berkenan di hati boleh terus dapatkan dengan saya.Pengedar shaklee Anda. Insyaallah saya akan bantu anda sebaik mungkin.



Ellyamali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Ulasan

  1. masya Allah elly... mmg best amal set rahmah ni...kesannya mmg tip top..antara fav vit Kak Idah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, biiznillah. tahniah elly dah dapat kulit sihat dan cantik bebas jerawat dengan set cantik rahmah super jimat dan super murah terlebih Rahmah

    BalasPadam

Catat Ulasan