5 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

5 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT




Kita sering mendengar tentang amalan gaya hidup yang sihat menjamin kesejahteraan hidup yang berkualiti. Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat :

πŸ‘‰Makan cara sihat

πŸ‘‰Tidak merokok

πŸ‘‰Lakukan senaman

πŸ‘‰Mendapatkan pemeriksaan kesihatan

πŸ‘‰Belajar menangani stress

FAEDAH CARA HIDUP SIHAT 

  • Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda
  • Mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetis, serangan jantung stroke(angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
  • Menjadi anda lebih produktif samada dirumah atau ditempat kerja.
  • Secara keseluruhan penampilan diri akan lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa
  • Membuat anda berasa lebih baik

MAKAN SECARA SIHAT

Carta piramid makanan

  • Makan mengikut waktu yang teratur (3 waktu makan utama - sarapan pagi, makan tengahari & makan malam)
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak
  • Mengamalkan pengambilan supplement
  • Pilih makanan harian berasaskan piramid makanan

TIDAK MEROKOK

Merokok boleh meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, untuk mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru paru, emfisima, penyakit jantung dan angin ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan.
Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

Nak kekal sihat perlu berhenti rokok

Boleh ikut step untuk berhenti merokok:

  • Buat nota peringatan
  • Kata pada diri "Aku Bukan Perokok"
  • Sentiasa berpikiran positif
  • Yakin diri 
  • Dapatkan sokongan dari ahli keluarga 
  • Lawan nafsu untuk tidak merokok
  • Guna terapi gantian nikotin (NRT)


TIPS UNTUK MELAWAN KEINGINAN MEROKOK

  • Melenggah lenggahkan waktu
  • Banyak minum air
  • Tarik nafas panjang
  • Sentiasa bersama dengan golongan yang tidak merokok
  • Lakukan aktiviti yang boleh lupa tentang rokok
  • Mengunyah sesuatu setiap kali teringat rokok
  • Mandi dengan kerap
  • Lakukan senaman regangan 
  • Memohon doa 


LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL


Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakkan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti berkerja, bereakrasi, bersenam dan bersukan. Aktiviti fizikal yang ringan boleh dilakukan sekurang kurangnya 30 minit sehari. Tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari ( sekurang kurangnya 10 minit setiap kali. Lakukan aktiviti fizikal mengikut kesesuaian dengan anda.

Contoh aktiviti fizikal



Bersenam untuk kesihatan jantung. Boleh guna cara fitt sebagai panduan.


MENDAPATKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Kebanyakkan masyarakat kita hari ini akan berjumpa dengan doktor hanya bila sudah sakit. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat memerlukan pemeriksaan kesihatan berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta sebanyak 2 kali setahun. Dengan ini kita dapat tahu tahap kesihatan kita dan kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan tahap kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik.

TANGANI STRESS

Kemarahan adalah punca masalah utama emosi yang mengakibatkan anda stress. Stress dialami oleh semua orang sama ada dirumah, disekolah atau ditempat kerja. Stress apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindakan boleh membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus anda lakukan apabila tengah marah :

  • Bertenang, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Cuba dengar penjelasan orang lain dulu
  • Sentiasa ingat Allah, selawat, zikir dan berdoa
  • Beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Biasakan diri memaafkan orang lain

CARA TANGANI RASA AMARAH

Rasa amarah yang berpanjangan boleh memutuskan tali silatulrahim. Jadi tanganilah rasa amarah itu dengan :

  • Berfikiran positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku sesuatu kesilapan
  • Belajar bertenang
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Sentiasa bersabar
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Luahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai
  • Sentiasa dekat diri dengan Allah
  • Banyakkan zikir dan selawat
  • Muhasabah diri juga perlu


KESIMPULANNYA

Banyak usaha dan cara cara yang boleh dilakukan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat kita hari ini. Kita perlu membuka mata melihat kepentingan dan kesan menjaga kesihatan kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat sudah pasti pusat pusat kesihatan tidak dipenuhi oleh pesakit. 

Selain itu masyarakat yang sihat dari setiap aspek fizikal dan mental akan melahirkan genersi berketrampilan tinggi. Generasi inilah yang bakal menerajui negara kearah yang lebih baik. Semoga setiap usaha kita ini menjadi amalan gaya hidup sihat sebagai rutin dalam diri kita.



Elly Amali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia
#5AmalanGayaHidupSihat
#ShakleeKedah

Ulasan