PETUA HILANG JERAGAT CARA OPAH
Anda runsing bila kulit muka berjeragat?
Dah guna pelbagai skin care tapi jeragat masih lagi belum hilang?
Anda nak tahu Petua hilang jeragat cara opah??
Ok....sebelum saya share petua ni, jom kenali dulu apa itu jeragat dan bagaimana ia terbentuk pada kulit wajah.
APAKAH MAKSUD JERAGAT
Jeragat merupakan tompokkan coklat pada kulit wajah. Selalunya ia akan jadi dibahagian muka atau badan. Jeragat berlaku disebabkan kulit terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Tapi ia bukan lah sesuatu yang berbahaya, sebenarnya jeragat terhasil disebabkan melanin yang berlebihan.
Bintikkan jeragat boleh meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat. Ini bukan sahaja menjejaskan kecantikkan malah boleh menjatuhkan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang sekeliling.
PETUA HILANG JERAGAT CARA OPAH
Walaupun ia tidak berbahaya kepada kesihatan, tetapi tahap kedegilannya susah untuk tangani membuat kita kurang selesa. So jangan risau saya ada petua yang opah saya sharekan kepada saya untuk saya share dengan anda semua.
Sebenarnya untuk tangani jeragat ni kita boleh guna bahan bahan yang ada di dapur rumah kita saja. Tanpa perlu belanja besar untuk tanggalkan jeragat ni. Jika anda ada modal untuk buat treatment tak ada masalah. Yang saya share ni untuk yang kurang mampu untuk buat treatment.
PETUA 1:
beras
- Ambil segenggam beras, rendam dalam air kosong anggaran selama sejam
- Toskan beras dan tumbuk bersama 1CM kunyit hidup sehingga lumat.
- Gaulkan bersama perahan limau nipis dan sebiji putih telur hingga sebati.
- Sapukan ke seluruh muka sebagai masker.
- Biarkan ianya sehingga kering
- Kemudian bilaskan dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
- Buatlah setiap hari sehingga jeragat hilang.
PETUA 2:
Limau Nipis
- Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga jadi paste
- Sapu keseluruhan muka sebagai masker
- Biarkan sehingga kering
- Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit
PETUA 3:
Daun sirih muda
- Kutip beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk
- Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosokkan di sekitar tempat jeragat
PETUA 4:
Kulit kayu manis
- Ambil 2 inci daun betik, 1 genggaman beras, air kosong dan 1 inci kulit kayu manis
- Rendam beras dengan air semalam terlebih dahulu
- Setelah beras kembang kisar atau tumbuk dengan sedikit air, daun betik dan kulit kayu manis.
- Setelah siap, sapukan diseluruh muka dan biarkan ia kering lebih kurang dalam 20 hingga 30 minit.
- Kemudian lembapkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci.
- Bagi mendapat kesegaran wajah cuci muka anda dengan air suam.
PETUA 5:
Hampas kelapa
- Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.
- Biarkan selama 15 minit atau lebih.
- Amalkan selalu
- Jeragat anda akan hilang dan kulit muka akan menjadi lebih halus dan gebu.
- Buat lah setiap hari sehingga anda puas hati
SELAMAT MENCUBA !!
HILANG JERAGAT CARA MODEN
Terkadang menjadi wanita paling bizi memang tak sempat nak cuba semua petua petua hilangkan jeragat yang opah berikan. Jadi saya nak share cara penjagaan wajah cara wanita moden yang lebih cepat , mudah dan simple.
Dengan hanya secalit moisturizer youth ni kulit wajah anda akan dilindungi sepenuhnya oleh Spf 50. Dan kalau korang nak tau bertapa bestnya product youth ni korang wajib cuba sendiri. Insyaallah....memang tidak mengecewakan anda.
Untuk tahu lebih detail tentang product youth atau ingin menjadi agen shaklee boleh terus contact saya. Insyaallah saya bantu anda sama ada untuk dapatkan supplemen , skin care atau ingin menjadi agen bersama team saya.
Jom berjaya bersama sama !!
Elly Amali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia
#PetuaHilangJeragatCaraOpah
#ShakleeKedah
Ulasan
Catat Ulasan