NIKMATI CASH REBATE SHAKLEE SAMBIL MAKAN VITAMIN PERCUMA.
Mesti sahabat tertanya tanya macam mana untuk menikmati cash rebate sambil makan vitamin percuma. Pasti semua tak sabar nak tahu bukan??
Masyaallah bestkan, kalau sahabat sendiri berpeluang menikmati semua ni.
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka kata kepada semua sahabat pembaca blog sihatchantikshaklee.....semoga sahabat dalam keadaan sihat selalu. Alhamdulillah....
Okey sahabat...
Kali ni saya nak berkongsi tentang cash rebate shaklee kepada sahabat yang belum tahu. Jika sahabat dah tahu dan faham macam mana nak dapat cash rebate saya yakin sahabat tak ragu ragu untuk menjadi ahli shaklee harini.
Cash Rebate Bonus
Cash rebate ialah keuntungan atau komisen dari hasil jualan. Dalam shaklee kita boleh tentukan sendiri berapa cash rebate yang kita sendiri nak setiap bulan.Mengimbau masa zaman belajar dulu, saya mengambil bidang perdagangan. So saya faham sikit sikit dunia berniaga ni. Walaupun saya belajar semua tu, tapi hati ni tetap tidak berminat untuk berniaga sebab saya ada satu perasaan "MALU".
Bila habis belajar saya bekerja dia syarikat swasta. Then pada waktu tu saya mempunyai seorang rakan kerja yang sangat aktif berniaga. So suatu hari dia ajak saya join affiliate dengan daftar yuran sebanyak RM2K. Waktu tu dengan gaji kerja hakiki hanya cukup cukup makan saja. Jadi bila ada yang sudi nak ajar saya tentang bisnes saya terus On. Tawakal labur duit simpanan untuk dapatkan keuntungan seperti yang dijanjikan. Akhirnya duit lesap....bisnes tak jalan. Start tu saya trauma nak join mana mana bisnes mlm.
Masuk alam perkahwinan saya sekali lagi terjebak dengan dunia bisnes. Kali ni saya join bisnes online. Saya hanya jadi dropship. Komisyennya suam suam kuku. Maka saya terus amik keputusan upgrade dari dropship kepada agen. Bila nak jadi agen saya kena beli stock dengan modal yang agak tinggi. Dah ada stock, barang plak tak jalan. Dropship pun tak ramai. Ilmu di dada belum cukup.
Kata orang" adat berbisnes ada ujian dan cabarannya yang tersendiri". Perjalanan bisnes ada turun naik. Tak terkecuali juga diri saya untuk hadap semua cabaran tu. Semua ni memberi saya pengalaman dan pengajaran. Saya percaya setiap cabaran atau ujian yang datang itu pasti ada hikmah.
TERJEBAK DALAM BISNES SUPPLEMENT
Masa awak kehamilan saya ada masalah kesihatan. Macam macam klinik saya pergi tapi masih sama masalah saya. Sehingga suatu hari husband saya terbaca tentang product shaklee yang boleh membantu masalah saya. Bermula dari situ saya join ahli shaklee untuk beli shaklee dengan harga yang murah. Waktu ni saya beli untuk diri sendiri.
Suatu hari member cerita masalah tentang HB Low yang dia alami di awal kehamilanya, so niat saya just nak bantu naikkan Hb low saja. Jadi saya pinjam kan id saya untuk buat pembelian. Lama lama saya perasan setiap kali id saya buat pembelian saya dapat point pembelian tu. Dari situ saya nak tau perjalanan bisnes shaklee dengan lebih detail. Saya start cari agen yang daftar saya mula dulu. Kemudian bila saya dah faham tentang bisnes shaklee saya rasa bisnes shaklee guna prinsip win win situation. iaitu jadi pengguna dapat untung, jadi agent lagi double triple untung.
Start dari tu saya mula share di facebook apa yang saya makan, apa kesan saya dapat.....Masyaallah bestnya sambil bantu orang sihat saya dapat cash rebate sambil makan vitamin percuma. Sebelum ni kalau saya beli apa apa supplement saya perlu bayar sendiri dengan harga yang tinggi dan tiada cash rebate. Sebab kita beli dengan harga agen tersebut. Tapi bila saya faham tentang bisnes shaklee saya rasa bisnes shaklee lain sangat.
Selepas kenal shaklee banyak proven result yang saya sendiri alami. Kalau dulu kerap selsema, demam. Sekarang alhamdulillah....dah jarang demam. Bila lepas bersalin pula badan saya lebih bertenaga, bahagian operation dah tak rasa nyilu dan kulit nampak lebih sihat dan berseri. Tapi kalau ikut kan hati ni nak senaraikan memang banyak, esok pun belum tentu habis manfaat shaklee ni. Tak hairan lah kalau shaklee memang layak dapat Award Trusted Brand. Dan saya sendiri memang dah jatuh cinta dengan shaklee. Dan yang paling saya teruja adalah tentang cash rebate yang saya dapat setiap bulan....makkkk aiiii....memang best.
Senang je macam mana kita nak nikmati cash rebate ni, kita just share dengan sahabat sahabat, jiran, keluarga dan orang asing. Kita ajak diorang join shaklee. kita share sedikit sebanyak manfaat jadi ahli. supaya mereka tahu jadi ahli sangat untung. Alhamdulillah tabarakallah....sedar tak sedar saya telah membina sebuah kumpulan besar dan ramai. Dari situ lah sel sel otak bisnes mula berhubung dan berkembang.
CASH REBATE TANDA PENGHARGAAN KEPADA PENGEDAR
Shaklee menghargaai setiap usaha pengedar di bawahnya yang sudi berkongsi kebaikkan dan manfaat setiap suplement shaklee kepada orang ramai. Banyak insentif shaklee berikan antaranya free trip umrah VVIP yang bernilai RM25000 setiap agen yang layak, percutian ke luar negara dan banyak lagi. Upline saya NINI NASRIN sudah banyak merasai insentif shaklee ni. Sahabat boleh baca entry beliau disini. Insentif Shaklee Bonus 2023.
Kejayaan beliau inilah yang menjadi isnpirasi untuk saya dan team. Insyaallah saya juga pasti dapat menikmati semua ganjaran ini.
Akhir kata jika sahabat berminat nak sertai shaklee dan ingin mencuba bisnes shaklee boleh daftar di Express Shaklee disini atau nak sembang sembang dulu tentang bisnes shaklee klik link whatsapp saya dibawah.
Saya sangat mengalu alukan kehadiran sahabat dalam team saya. Jom kita bina impian dan merialisasikan impian bersama.
Elly Amali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia
#CashRebateShaklee
#ShakleeKedah
Ulasan
Catat Ulasan