6 BARANG WAJIB DIBAWA KETIKA TRAVELLING - TIPS TRAVEL

6 BARANG WAJIB DIBAWA KETIKA TRAVELLING - TIPS TRAVEL





Masuk tahun 2023 dah lepas fasa PKP, pasti ramai yang tak sabar nak kembali travel atau join trip melancong seperti tahun sebelum sebelum ni bukan? Ketika kita merancang untuk travelling kadang kita suka binggung barang apa yang wajib bawa. Kali ini saya nak share barang barang yang wajib anda bawa ketika travelling. Tapi sebelum tu anda wajib tahu negeri atau negara mana anda nak kunjungi.


6 BARANG YANG WAJIB DIBAWA

DOKUMEN PERJALANAN


Biasanya setiap orang berbeza ikut pakej travelling. Ada yang keluar negara atau ada yang ingin melancong dalam negara. Bagi anda yang travel keluar negara jangan lupa bawa buku merah(pastport), kad pengenalan, tiket penerbangan dan segala dokumen berkaitan perjalanan anda. Selain tu juga jika anda ingin mencipta memory jangan lupa bawa alat kelengkapan untuk ambil video atau gambar di tempat tempat yang anda lawati.

Namun di zaman sekarang sudah banyak peralatan digital yang boleh digunakan seperti DJI Osmo Pocket, camera digital dan banyak lagi. Malah sekarang, smartphone juga sangat luar biasa canggih. Sudah boleh ambil gambar dan simpan kenangan setiap kali kita melancong.

CASH TUNAI


Walaupun sekarang zaman digital kita boleh guna kaedah pembayaran secara online, tapi bukan semua tempat ada kemudahan online tersebut. Jadi cash tunai juga wajib ada mengikut hari perjalanan kita. Kalau saya selalunya cash tunai akan saya bawa dalam RM1000 hingga RM1500. 

KASUT YANG SELESA


Percayalah bila kita travelling ke tempat yang jauh, kita akan lalui perjalanan yang lama dan beribu batu. So kita memerlukan kasut yang selesa. Ini memberi kualiti kepada travelling kita. Jika kasut kita kurang selesa ini akan menyiksa kaki untuk teruskan perjalanan. Sebaiknya untuk travelling pakailah sandle atau pilih la kasut yang selesa. Tapi jika anda risau kaki anda melecek atau sunburn kerana cahaya matahari, anda boleh memilih kasut bersarung seperti kasut sukan atau kasut bertutup yang selesa.

KELENGKAPAN MANDIAN


Memandangkan setiap kali kita stay di hotel atau bilik penginapan biasanya sudah disediakan kelengkapan mandian terutamanya hotelkan. Justeru adalah lebih bagus jika kita sediakan sendiri kelengkapan mandi itu. Kerana sesetengah bilik penginapan, bukan sediakan semua kelengkapan mandian itu. Kadang tu ada yang tidak disediakan langsung.

Cuba bayangkan kalau anda sendiri tak bawa kelengkapan itu, mesti anda mandi rasa seperti kurang bersih bukan? So untuk memudahkan anda sediakan kelengkapan mandi, anda perlu isi dalam botol botol yang kecil dalam kuantiti yang sedikit sebab certain airline dia ada regulation tentang 100ml liquid yang boleh dibawa dalam setiap bagasi.

FIRT AID KIT & UBAT-UBATAN


Malang tidak berbau, kita tidak minta sakit atau cedera semasa kita travel. Sebaiknya kita sediakan ubat-ubatan basic seperti paracetamol, plaster bandages, minyak angin, supplement dan sebagainya.

Selalunya bila anda travel ke luar negara, anda akan lalui fasa peralihan cuaca. Time ni, immuniti badan kena kuat agar tidak terjejas mood travelling anda. So jangan lupa ambil supplement untuk kuatkan antibodi anda.


TRAVEL ADAPTER & MULTI SOCKET



Jangan lupa bawa charger socket smartphone, tab atau laptop. Perjalanan anda akan jadi terganggu jika peralatan ini kehabisan bateri. Memang kita boleh beli dikedai kedai tempat kita kunjungi, tetapi kalau poket kita kosong atau charger yang kita beli tidak sesuai dengan smartphone, tab atau laptop anda macam mana? 

Pening kan??

So sebelum travel wajib check apa semua charger sudah bawa atau belum. Tidak ketinggalan juga bawa travel adapter multi socket kerana bila anda travel ke luar negara plug point adalah berlainan daripada Malaysia. So bila travel kena bawa, takut nanti tak boleh charge smartphone anda.


Okey itu saja 6 barang yang wajib dibawa ketika anda ingin melakukan travelling. Kalau anda ada barang yang ingin dibawa boleh listkan dalam nota anda. Semoga perkongsian 6 tips travel ini dapat membantu anda yang kaki travelling.

Insyaallah.....






Elly Amali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia
#TipsTravel
#ShakleeKedah



Anda juga dijemput untuk follow saya di :
FB: Elly Amali 
IG: shaklee_ellyamali





Ulasan