HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

 HARI RAYA DENGAN SHAKLEE


Setiap kali raya apa yang kita bayangkan mestilah makanan yang sedap sedap, dapat bertemu dan berkumpul dengan saudara mara, dapat pakai baju yang cantik cantik serta dapat jumpa sahabat sahabat sekampung yang dah lama tidak berjumpa. Kalau dulu dapat kad kad raya tapi sekarang dah tak sempat nak hantar hantar kad raya ni. Al-maklumlah masing masing sibuk dengan kerja. Bila time raya masa nilah peluang untuk bertemu kembali.

Seminggu sebelum raya dah prepair beli baju raya, tukar duit raya dibank dan beli kueh raya. Dan fikir juadah hari raya. Boleh dikatakan otak ni dah macam mesin kira duit banyak list perlu disenaraikan. Tapi yang pasti set kurus dan set cantik wajib masuk dalam list balik kampung juga. So bila masing masing dapat tau cuti raya lagi berapa hari semua siap packing baju. Anak anak paling excited sebab diorang sudah bayang dapat duit raya dari bapa bapa saudara. So tunggu cuti sekolah semua nak angkat beg la balik kampung. Tahun ni rasa untung anak anak sekolah cuti awal. Semua hati dah ada dikampung. Jasad saja ada dekat rumah....hehe...

Tahun ni aura saya nak balik raya di kampung tu lain macam sikit sebab tahun ni turn beraya di kampung saya. Jadi banyak benda dah planning dengan kakak kakak. Masing masing dah bincang nak sediakan juadah raya sorang satu menu. Syok weh...lama dah tak dapat berkumpul macam ni sambil gotong royong masuk dapur sedia juadah raya sama sama.

PERSIAPAN RAYA DENGAN SHAKLEE

Tahun ni tahun ke enam raya dengan shaklee.Saya dapat duit raya awal dari shaklee. So 50% persiapan raya dapat disediakan dengan duit raya shaklee. Dari duit bonus shaklee saya dapat beli baju raya anak anak, kueh raya dan duit raya untuk kanak kanak.  
Alhamdulillah.....

Syukur sangat walau pun saya cuma online bisnes tapi saya masih mampu sediakan persiapan raya guna duit raya yang shaklee bagi

MENU POPULAR TEMPAT SAYA

Menu popular tempat saya, kompemlah ketupat palas dan rendang. Ada juga yang buat juadah sampingan seperti kueh raya, laksa, bihun sup, nasi ayam, nasi tomato, satey dan banyak lagi. Kalau ikut tu sampai esok belum abis menu yang saya nak senaraikan. Malaysiakan syurga makanan.

Bila sebulan kita berpuasa, time raya ni memang rasa nak makan semua makanan. Iya kan??
Ha....makan makan juga. Setiap makanan yang kita ambil masa raya ni banyak yang berlemak, berminyak dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi nak makan tu boleh, tapi kena ambil dalam kuantiti yang sedikit. 


HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Rayakan sebulan....jadi setiap kali pergi rumah rumah saudara, jiran atau member pasti ada yang buat open house. Orang kata "rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari" jadi dah makanan depan mata, apa lagikan ngaapppp sajalah. Tapi ingat setiap kali selepas makan ambil perisai set bakar lemak seperti omegaguard, lechitin dan herb lax. Ketiga tiga ni penting untuk bakar lemak lemak yang masuk ke dalam perut kita. 

Jadi tak sempat la minyak lemak jahat tu melekat dijantung dan organ dalaman yang kita tak nampak.
Saya memang setiap kali sebelum dan selepas ambil juadah raya memang saya tak tinggal supplement ni. Bahaya penyakit datang bukan dia nak bagi salam. Badan kita ni nak guna lama. Boleh dikatakan setiap tahun hari raya dengan shaklee tu wajib.

Anda yang ada masalah kolestrol tinggi berhati hati dalam pengambilan makanan yang tinggi lemak dan berminyak ni.

SUPPLEMENT RAYA 

Dah banyak saya berceloteh pasal hari raya saya dengan shaklee jadi saya nak kongsikan sedikit manfaat supplement tiga jenis yang saya ambil masa raya ni.

omegaguard

lechitin

herb lax

Jika anda mementingkan kesihatan berpanjangan jangan lupa ambil supplement ni untuk membantu mengawal minyak dan lemak dari pemakanan yang kita makan.

Bagi anda yang tengah mencari supplement shaklee atau berminat nak jana income bersama shaklee boleh terus berurusan dengan saya. Saya akan beri tunjuk ajar sedikit sebanyak tentang cara pengambilan supplement atau cara nak berbisnes dengan shaklee. 


Elly Amali
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia
#HariRayaDenganShaklee
#ShakleeKedah



Ulasan

Catat Ulasan